Masalah Peti Ais Berbau!

Nak tau bagaimana menghilangkan bau peti sejuk.

Pergh! Kaki Bau Cagu....

Petua bagaimana menghilangkan bau cagu yang "syok" tu!.

Rumah Korang Banyak Semut Tak?

Nak tahu cara-cara menghalau semut di rumah....

Masalah Rumah Banyak Lalat

Petua menghalau lalat di rumah.

Eeiiii! Rumah Ku Banyak Lipas

Petua mudah halau lipas. Sesuai untuk penggeli lipas macam aku.

Monday, May 26, 2014

ADA KEDUT?


TAKUT PADA KEDUT



Semakin usia kita meningkat, semakin itulah kedut akan bertambah. Ini merunsing setiap manusia terutama para wanita. Bermacam-macam cara dan petua diamalkan supaya kedut tidak kelihatan atau lambat kelihatan sebelum waktunya. Kulit menjadi kedut apabila kulit mula kehilangan elastisiti apabila umur meningkat dan otot pada kulit tidak berupaya memegang kulit seperti di usia muda.

Bahagian yang paling kelihatan kedut adalah di bahagian kulit wajah/muka. Ini kerana muka banyak terdedah kepada alam persekitaran dan sinar uv. Ini adalah kesan pada garis-garis muka yang membentuk lipatan yang dalam dan akhirnya kulit menjadi kedut. Salah satu sebab utma adalah kurang kolagen dalam tubuh badan.


Petua Hindari Kedutan :

1) Amalkan minum air suam yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehhari

2) Hindarkan dari minuman beralkohol dan rokok. Kerana Minuman beralkohol dan rokok bukan saja mempercepatkan kedutan kulit wajah malah mempercepatkan penuaan


3) Hendak mempunyai tidur yang cukup

4) Ambil sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji telur kuning. Parut lobak, satukan dengan tepung jagung dan telur tadi. Gaul sehingga mesra dan sapukan pada wajah atau leher sebagai maske. Lakukan 2/3 kali seminggu


5) Ambil sebiji telur di campurkan dengan madu, sapukan pada kulit. Lakukan pada bila-bila masa


6) Apabila cuci muka, guna jari telunjuk kedua-dua belah tangan, urut dengan urutaan dari bawah ke atas. Jika tiada aturan atau dari atas ke bawah akan mempercepatakn kedutan

7) Tumbuk daun pudina dan letakkan pada sekitar bahagian mata. Biarkan selama 10 minit dan cuci denga menggunakan air suam



8) Banyakkan makan buah kerana buah banyak mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi

9) Ambil daun lidah buaya (aloe vera) lalu hiris daun tersebut, sejukan ke dalam peti sejuk selama 15 minit, kemudian tekapkan pada kedua-dua mata. Lakukan 3 kali seminggu


10) Cuci muka setiap pagi (bangun pagi) dengan daun teh yang sudah direndam. Sapu teh tersebut dimuka kat mana-mana kulit pun boleh. Biarkan selam 10 minit pastu bilas dengan air biasa bersih-bersih




Sunday, May 25, 2014

GARAM MASAKAN


BAGAIMANA NAK RASA GARAM DALAM MASAKAN


 
Ada banyak jenis garam. Garam yang terhidrolisa dan membentuk ion hidroksida ketika dilarutkan dalam air maka dinamakan garam basa. Garam yang terhidrolisa dan membentuk ion hidronium di air disebut sebagai garam asam. Garam netral adalah garam yang bukan garam asam maupun garam basa. Larutan Zwitterion mempunyai sebuah anionik dan kationik di tengah di molekul yang sama, tapi tidak disebut sebagai garam. Contohnya adalah asam amino, metabolit, peptida, dan protein.

Larutan garam dalam air (Misalnya natrium klorida dalam air) merupakan larutan elektrolit, iaitu larutan yang dapat menghantarkan arus letrik. Cairan dalam tubuh makhluk hidup mengandung larutan garam, misalnya sitoplasma dan darah. Tapi, kerana cairan dalam tubuh ini juga mengandungi banyak ion-ion lainnya, maka tidak akan membentuk garam setelah airnya diwapkan.


Garam paling rapat dalam masakkan. Tanpa garam masakkan itu tidak akan menjadi. Pasal garam juga membuatkan sesebuah hubungan itu bergaduh. Tapi garam juga boleh merapatkan sesebuah hubungan menjadi erat. Garam...... masin atau tawar. Itu lah selalu diungkapkan oleh kita atau pengkritik makanan. Jika ada rasa garam akan dipuji tapi jika tiada rasa garam akan dikeji. 

Nah ni untuk mereka yang ada masalah garam dalam masakkan :

 

1 Letakkan kuah di atas jari, kalau kuah tu tak meleleh, tandanya kuah tu da cukup rasa. Tapi kalau jari terasa perit maknanya kuah tu dah terlebih garam




2) Kalau lauk terlebih masin....... ambil sedikit daun pisang yang siap dibasuh bersih, koyakkan sikit daun pisang tadi pastu masukkan dalam masakan





3) Ubi kentang juga boleh mengurangkan masin dalam masakkan kerana kentang dapat menyerap garam

4) Kalau kuah gulai terlebih masin lak....... ambil sedikit ampas kelapa, masukkan dalam kain bersih, ikat kuat-kuat kain tadi macam bunjut, masukkan bunjut ke dalam kuah gulai tersebut, biarkan dalam 2-3minit. garam tu nanti akan meresap dalam bunjut tersebut


5) Tutup masakkan yang masin tadi ke dengan tudung periuk, biarkan mendidih kemudian matikan api, biarkan tudung periuk itu beberapa minit pastu angkat tudung periuk tadi dan cuci bersih. Tutup periuk dengan tudung tadi tanpa mengeringkan tudung itu, buka ketika hendak menghidangkan makanan dalam periuk tersebut








Saturday, May 24, 2014

ANDA ADA SELULIT?


MACAMANA NAK HILANGKAN SELULIT



Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.



Oleh itu saya ada beberapa petua untuk menghilangkan selulit :

1) Cuba sapukan serbuk kopi pada bahagian yang kena selulit, kerana kopi membantu menanggalkan sel-sel kulit mati

2) Rajin-rajin lah mengurut bahagian selulit, kerana dengan mengurut, saliran darah akan jadi lebih lancar dan sel-sel lemak lebih mudah dihancurkan



3) Ambil bahan seperti ampas kopi, putih telur dan 1 senduk minyak zaiton. Campurkan bahan-bahan tersebut, sapukan pada bahagian selulit. Sapu ikut putaran lawan jam, lakukan dalam 15 minit


4) Banyakkan minum air suam 

5) Amalkan makan buah avocado, blueberry, rasberi kerana ia tinggi dengan anti oksidan



6) Amalkan makan tembikai, timun, seleri dan asparagus kerana membantu mengurangkan masalah "water Retention" yang boleh menyebabkan selulit

7) Makan buah-buahan sitrus, nenas dan betik kerana buah ini mempunyai vitamin C dan dapat membantu pembentukkan kolagen dalam badan

8) Sapu minyak zaiton atau krim untuk melembabkan kulit kerana ia dapat membantu kulit jadi halus dan elastik



9)
Banyakkan makan yang berprotein seperti ikan, sayur kekacang dan isi ayam 

10) Hindari stress kerana stress menyebabkan terjadinya perubahan hormon yang akan mempengaruhi kulit dan juga melambatkan pertumbuhan kulit sihat
















 

BADAN BERUAM


NAK CARI PENAWAR RUAM?




Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal.

Ruam juga diketegorikan dengan pelbagai jenis ruam yang biasa kita dengar seperti ruam lampin, ruam panas, bintik ruam, badan beruam dll. Ruam menjadikan kita rasa tidak selesa terutama di waktu tidur. Badan sentiasa gatal-gatal kadang-kadang mengganggu tugas-tugas harian. Oleh itu, kat bawah ini ada cara-cara rawatan dan petua tentang


RUAM :

 1)  Kurangkan/elak makanan laut




2) elakkan bahan yang diperbuat daripada bulu seperti, anak patung, kapet

3) Meletakkan kain direndam di dalam air ais pada ruam beberapa kali sehari. Ruam yang terlalu kering akan mengeringkan kulit, yang boleh menggandakan kegatalan.

4) Pastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.




5) Cuba mandi menggunakan bijiran gandum untuk melegakan gatal-gatal. Balut satu cawan bijiran gandum dengan kain kapas dan rebus seperti yang anda lakukan untuk memasak.


6) Elakkan daripada menggaru. Potong kuku pendek atau memakai sarung tangan kapas pada waktu malam untuk mengelakkan anda menggaru secara tidak sengaja.
 7)  Pakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.


8) Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. 
9)  Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi. 
10) Jauhi dari binatang perliharaan

Monday, May 19, 2014

KENCING MALAM


PETUA ELAKKAN  KENCING MALAM 


Tabiat Kencing Malam sememangnya membuatkan kanak-kanak merasa cukup rendah diri. Keadaan itu mengganggu mental dan aktiviti sosial kanak-kanak. Walaupun ia bukan sejenis penyakit, kencing malam perlu dirawat bagi memastikan kanak-kanak dapat menjalani hidup normal. kencing malam dianggap bukanlah satu masalah. Berbeza dengan hari ini, ibu bapa terutama di bandar merasakan keadaan ini sebagai satu masalah yang membebankan. Setiap hari mereka perlu menjemur tilam dan masalah sukar membawa anak bercuti atau bermalam di tempat lain turut menimbulkan tekanan. Kencing malam bukanlah satu penyakit kerana bagi sesetengah kanak-kanak, mereka memerlukan masa lebih lama untuk belajar mengawal pundi kencing sehingga mereka berusia lima tahun. Kencing malam boleh diwarisi daripada keluarga. Untuk mengelakkan kencing malam, saya ada petua-petua yang mungkin anda boleh ikuti



1) Jangan bagi anak anda minum air 2 jam sebelum tidur

2) Ajar anak anda pergi kencing sebelum masuk tidur. Suruh dia kencing walaupun keluar setitik

3) Jangan biarkan dia aktif bermain di waktu malam

4) Cuba tonggengkan atau angkat kaki dia diatas dan kepala ke bawah

5) Amalkan makan madu di campur lemon/limau nipis setiap pagi atau sebelum tidur



6) Urut ari ari anak anda dengan mengunakan minyak zaitun. Lakukan setiap malam, cuba lihat 2-3 minggu pasti mujarab

7) Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. lakukan selama seminggu dan lihat perubahannya


8) Cuba nasihat anak anda, beri dia semangat dan kata-kata yang baik-baik supaya dia tidak kencing malam

TURUN BERAT BADAN


MACAMANA NAK TURUNKAN BERAT BADAN


Kadar Obesiti di kalangan masyarakat kita sekarang ini terlalu tinggi. Ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam. Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan. Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman. Tapi ramai juga masyarakat kita yang hendak menurunkan berat badan macam ratu cantik, nampak cantik langsing dan anggun, tapi tak tahu macam mana. Dengan permasalahan ini, saya ada sedikit tips cara-cara nak turunkan berat badan anda.


Cara-Caranya Adalah :

1. Ambil sarapan yang sederhana sahaja. Sarapan wajib dambil tapi boleh makan sekurang-kurangnya dalam kuantiti yang sederhana. Contoh, ambil 2 keping roti yang dibakar, makan behun setengah pinggan saja


2. Jangan biarkan perut sampai betul-betul lapar (pedih perut) kerana jika perut terlalu lapar, macam- macam makan yang anda nak dimakan


3. Elakkan makan snek atau jajan terutama selepas makan. Kerana bahan-bahan dalam snek itu tadi ada terlalu banyak bahan yang boleh menggemukkan kita


4. Minum air sebelum makan. Kalau kita minum air sebelum makan, akan cepat terasa perut penuh. Dengan itu kita akan ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja


5. Elakkan makan nasi waktu tengahari. Banyakkan makan buah-buahan atau sayur-sayuran. Kalau makan nasi di tengahari, kita akan rasa cepat ngantuk dan letih



6. Elakkan makan di watu malam atau tengah malam. Kerana di waktu malam kita banyak berehat jadinya dalam badan kita tidak "bekerja" makanan akan terkumpul dan akan mempercepatkan kegemukkan



7. Makan makanan yang berempah seperti lada hitam, halia, biji sawi dll. Ini kerana rempah dalam masakkan akan membakar kalori


8. Bayakkan makanan yang di rebus, bakar atau kukus



9.
Banyakkan minum air masak


10.
Amalkan minum air halia, air berunsurkan limau atau teh hijau


11. Kurangkan minum air berkarbonad, minuman yang banyak gula, minuman berais


12. Aktifkan diri anda dengan sentiasa bersenam berjoging atau berjalan. kalau di tempat kerja, rajin-rajinlah mengunakan tangga








Friday, May 16, 2014

TUMIT KASAR

NAK LEMBUTKAN TUMIT KAKI MEREKAH, KASAR & KESAT


Tumit ialah bahagian anggota tubuh badan yang terletak di belakang kaki dan di bawah buku lali. Tumit merupakan salah satu bagian dari sistem pertulangan tubuh kita yang terletak di kaki. Tumit itu sendiri merupakan tulang terbesar dari telapak kaki. Tulang ini terletak di sebelah belakang yang mengalihkan berat badan di atas tanah ke belakang.


Dengan demikian, tulang tumit mempunyai tugas besar untuk mengimbangkan berat badan, terutama ketika sedang berjalan atau berlari. Tumit juga bersendi, di sebelah atas tumit bersendi dengan talus (tulang tempat mata kaki berada) dan di depan dengan kuboid (tulang penghubung dengan jari-jari kaki). Tumit yang bermasalah akan menjadikan kita sengal kaki, sakit kaki, sukar untuk berdiri dll


Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah ialah:

Kulit yang kering
Berdiri terlalu lama
Kasut yang tidak sesuai(contohnya yang terbuka di belakang)
Memakai sandal
Menghidapi penyakit kulit


Kepada sesiapa yang sering kerap berdiri, berjalan tanpa memakai kasut yang sesuai atau memijak simen atau tempat yang sentiasa berair, tumit akan cepat merekah, kasar dan kesat. Jika begitu sudah tentulah tumit kita akan nampak pecah-pecah dan kelihatan tidak cantik. Oleh itu boleh lah anda semua mengamalkan petua-petua seperti berikut :




1) Sapukan losyen atau minyak zaitun sebelum tidur

2) Ambil segenggam asam jawa dan dicampukan dengan air, pastu lumur atau gosokkan air asam jawa tadi pada tumit. Buat macam basuh kaki

3) Kelapa parut juga boleh melembutkan tumit merekah. Caranya mudah jer. Ambil kelapa parut kebanyak mana yang anda mahu, pastu gosokkan kelapa tadi kat tumit

4) Basuh kaki/tumit sebelum tidur dengan sabun dan berus/gosokkan bersih-bersih, pastu lap kering. Ambil minyak masak/kelapa, lumur/gosokkan pada tapak kaki. Lakukan setiap mlm/tiga kali seminggu


5) Ambil sebiji betik muda yang diambil getahnya. Sapukan pada tumit yang pecah. Lepas tu jangan lupa basuh bersih-bersih tumit itu. Nanti bergetah pulak lantai



6) Kalau tumit tu sakit, mudah jer. Ambil beberapa helai daun sireh pastu hancurkan daun sireh itu tadi degan sedikit gambut. sapu/tepekkan pada tumit yang sakit tadi, lakukan tiga kali seminggu

7) Setiap kali mandi cuba amalkan gosok tapak kaki dengan batu sungai. Kerana batu sungai boleh melembutkan tapak kaki

8) Hendak memakai selipar yang sesuai dengan kita. Di rumah pakailah selipar supaya tidak terkena sejuk simen




9) Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi.

10) Gosok tumit kaki anda dengan belimbing buluh sehingga bersih. Kemudian, berus tumit kaki dengan menggunakan berus lembut. Selain melembutkan kulit kaki, ia juga membersihkan segala kekotoran dan menanggalkan sel-sel mati.


Thursday, May 15, 2014

KELAPA PARUT

MACAM MANA NAK SIMPAN KELAPA PARUT





1) Jangan dedahkan kelapa parut pada matahari terlalu lama

 


2) Kalau boleh kelapa parut jangan diusik dengan tangan





3) Kalau nak guna hari esok, masukkan terus ke dalam freezer



4) Panaskan air dalam periuk, masukkan kelapa parut ke dalam penapis, letakkan di atas periuk, biarkan seketika untuk wap masuk sebati ke dalam kelapa pastu masuk terus dalam peti ais







PERUIK KEKAL CANTIK

MACAM MANA NAK KEKAL PERIUK NAMPAK CANTIK

Periuk merupakan sejenis perkakas dapur yang digunakan untuk merebus, menggoreng dan mengukus. Biasanya ia diperbuat daripada logam atau tanah liat. Ia adalah alatan penting untuk memasak. Periuk juga dijadikan sebagai aset penting dalam kehidupan. Ada yang simpan sehingga turun-temurun. kerana periuk juga dikira barangan rumah yang tinggi nilainya. Periuk mempunyai banyak jenis iaitu, kuali, periuk nasi, periuk tekanan, periuk tanah dan sebagainya. Sekarang dah ada panggil periuk ajaib. Maknanya......... satu periuk boleh masak macam-macam, seperti menggoreng, merebus, mengukus, memanggang, membakar dll. Tapi tahukah anda penjagaa periuk yang baik.

Ni cara-caranya :



1) Gosok bahagian kuali atau periuk yang hitam dengan kertas pasir halus. Kemudian cuci dan sental dengan berus dawai kasar diikuti berus dawai halus bersama sabun cap kapak atau sabun mandi. Bilas dengan air bersih. Hasilnya kuali atau periuk anda akan bersih tanpa jelaga dan berkilat.


2) Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.


3) Pemilihan periuk juga penting. Kita kena tahu untuk apa kegunaan periuk itu. Sebagai contoh kalau boleh beli periuk jenis stainless steel, yang tebal, biar mahal tapi berbaloi. Kalau yang bukan stainless steel atau tak tebal, periuk cepat karat dan cepat bocor









Wednesday, May 14, 2014

KHASIAT HALIA

 ADA APA PADA HALIA?

 
Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan.

Pokok Halia merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Halia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Halia bara pula adalah sejenis halia yang digunakan dalam perubatan tradisional. Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, dll

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut. Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.

 Bawah ni ada khasiat halia/petua-petuanya : 

1. Sengal-sengal Sendi dan Otot 
a) Ambil halia sebanyak mana yang rasa ok, pastu bakar, cuci bersih dan parut. Tempel/tekapkan pada bahagian yang sakit. Biarkan seketika buat berulang sehingga rasa ok

b) Ambil halia sebesar ibu jari dicampur dengan lengkuas dan 2 sudu bunga cengkeh kering. Semua bahan tersebut ditumbuk halus dan ditambah dengan 2-3 sudu makan air kanji. Lumurkan bahan tadi sebagai ubat gosok pada bahagian yang sakit dan dilakukan 3-5 hari secara berturut-turut.

2. Mencegah Mati Pucuk
Ambil halia sebesar ibu jari (bahagian akar), sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi, 1 sudu makan kicap, 1 sudu makan madu, secubit serbuk lada hitam. Parut dan perah dengan segelas air masak, kemudian tapis. Perah air limau nipis, ambil kuning telur ayam tadi, kemudian dicampur dengan semua bahan lainnya dan gaulsehingga sebati. Minum 1 kali seminggu dilakukan secara teratur.

3. Keracunan Udang
Halia dicampur dengan minyak tanah - Parut halia sebanyak yang anda kehendaki, letak sikit minyak tanah. Lumurkan pada bahagin yang terkena gatal-gatal/miang

4. Sakit Pinggang dan Terseliuh/Tergeliat
Ambil 6 halia sebesar ibu jari dan buah asam jawa yang sudah masak secukupnya. Parut halia tadi dan gaul dengan buah asam jawa hingga sebati. Lumur atau gosokkan pada bahagian yang terasa sakit. Amalkan 3 kali seminggu
5. Keletihan/Kebas
a) Bakar halia 2 biji halia sebesar ibu jari sehingga keperang-perangan, campurkan dengan susu dan minum seperti biasa

b) 2 Halia sebesar ibu jari, 1 batang/akar cekur sebesar ibu jari, 1 ikat daun kemangi, 1 genggam beras yang sudah direndam air dan sedikit garam. Tmbuk bahan-bahan tadi sehingga halus kemudian lumurkan pada badan


c) 3 halia halia sebesar ibu jari, tepung gandum secukupnya, dan sesudu asam jawa yang sudah masak. Parut halia kemudian campurkan tepung gandum dan asam jawa untuk dibuat adunan dengan ditambah air panas secukupnya. Gosokan pada badan/ bahagian yang terkena bebas-kebas sehingga terasa lega
 

6. Sakit Kepala
Ambil 2-3 helai daun halia, tumbuk sehingga halus dan tambah air sedikit. Sapukan pada kain dan letakkan pada dahi. Lakukan bulang kali


7. Batuk
a) 2 halia sebesar ibu jari, rebus dengan air sebanyak 2 gelas sampai didih sehingga tinggal 1 gelas. Minum 2 kali sehari pagi dan petang.
b) 4 halia sebesar ibu jari, 1 biji limau nipis,dan sesudu teh. Parut hali, bakar limau nipis dan perah untuk ambil airnya, campurkan semua bahan tadi an diramas-ramas. Setelah sebati lumurkan pada bahagian dada kanak-kanak terutama pada waktu pagi atau setelah mandi dan sebelum tidur

8. Cirit-birit dan Muntah-muntah.
Ambil halia, bunga buah pala, jintan putih secukupnya, 1 gelas santan kelapa, 1 sudu minyak kayu putih. Tumbuk sehingga halus kesemua bahan tadi, kemudian campurkan dengan santan kelapa dan minyak kayu putih sampai merata.

9. Reput Tulang
Halia merah segar 20 gram, kacang hijau 30 gram, biji cengkih 10 gram, buah pelaga 10 gram, lada hitam 15 gram, kayumanis 20 gram, dan air 4 gelas. Cuci bersih bahab tersebut dan lumatkan kesemuanya. Rebus semuanya sehingga air rebusan tadi menjadi 2 gelas kemudian tapiskan. Minum 2 kali sehari pagi dan petang selepas makan. kalau nak lebih sedap, campurkan dengan madu

10. Asma
Halia merah (bara) segar 20 gram, daun sambiloto 30 gram, daun pokok kelkabu 30 gram, daun kemangi hutan 20 gram, dan air untuk minum 4 gelas. Semua bahan setelah dicuci bersih, diiris atau dirajang kecil. Rebus hingga air rebusan tersisa 2 gelas, lalu saring. Minum 2 kali sehari pada pagi dan petang selepas makan. Sekali minum 1 gelas. agar rasanya segar, boleh dicampur dengan madu dan jeruk


11. Stroke
Halia merah (bara) 20 gram, mengkudu 40 gram, pulai 20 gram, daun dewa 30 gram, daun cermai 20 gram, air untuk minum 4 gelas. Setelah itu, semua dicuci dan dihiris. Rebus dengan air 4 gelas hingga air rebusan tersisa 1.5 (satu setengah) gelas, kemudian saring. Minum tiga kali sehari (pagi, siang, dan petang) selepas makan
 
12. Memecahkan lemak/membuang kotoran dalam badan
1 sudu teh dicampurkan dengan gula perang dan 1 buku hali diketuk/dihiris. Rendam teh dalam air panas sehingga kembang dalam anggaran satu teko kecil. masukkan gula perang diikuti halia kemudian kacau sebati dan minum ketika panas atau suam. lebihan air halia harus di pansakan semula setiap kali mahu di minum.




KAKI BERURAT-URAT

MACAM MANA NAK HILANGKAN URAT DI KAKI 


Urat adalah salah satu saluran penting dalam susunan tubuh badan kita. Urat juga penting kerana kalau "tersalah urat" boleh menjadikan kita "sakit urat" seperti sengal-sengal, sakit sendi, masuk angin, urat sentiasa timbul, sakit leher, sakit kepala dll. Salah satu ketidakselesaan kita adalah timbulnya urat dikaki terutama kaum wanita ketika mengandung atau sentiasa berdiri.

Nah ni petua kalau urat dah timbul di kaki :

1) Elakkan memakai stokin terlalu ketat/kasut bertumit tinggi

2) Jangan duduk bersila atau berselimpuh terlalu  lama. Sentiasa mengerakkan-gerakkan kaki

 3) Rendam kaki dengan air suam selama 20 minit setiap hari atau selang seli

 
4) Naikkan kaki tinggi sedikit dari paras punggung dan luruskan kaki ketika duduk

5) Tinggikan kaki dari paras badan ketika tidur, alaskan kaki anda dengan bantal yang tinggi  sedikit

 
6) Sambil tengok tv, gosok atau urut kaki

7) Sebelum masuk tidur, kalau rajin......sapu sikit minyak angin kat kaki pastu pakai stokin