Tuesday, May 6, 2014

RAMBUT

BAGAIMANA NAK JAGA RAMBUT KEKAL CANTIK


Rambut merupakan anggota badan yang terletak di atas kepala. Lazimnya rambut berwarna hitam. Namun sesetengah orang rambutnya berwarna perang terutamanya pada mereka yang tinggal di Barat. Tapi ada juga yang suka-suka mewarnakan rambut mereka. Rambut boleh kehilangan warna (yang ada dalam badan) kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen. Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambut semakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan perwarna dan menyebabkan rambut menjadi putih atau beruban.

Bagaimanapun seluruh rambut tidak akan beruban dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun. Waktu seluruh rambut akan beruban bergantung kepada tempoh jam biologi masing-masing. Rambut kalau tidak dijaga dari mula akan menyebabkan rambut cepat gugur, beruban, sentiasa berbau hapak, kering, bercabang dll. Ada juga yang mengatakan kalau pakai tudung, rambut tidak cantik, sentiasa berbau hapak. Itu tidak benar sama sekali kalau kita jaga/belai setiap hari. Bagi saya ianya sama je kalau bertudung atau tidak bertudung. Janji rajin jaga rambut.



Nah ni dia petua penjagaan rambut yang baik :
 
a) Kalau nak rambut sentiasa bersinar/kuat....... parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan pada rambut dengan cermat kemudian cuci sehingga bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

b) Boleh juga cuba cara ni. Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam kira-kira 60 darjah Celsius. Perahkan air limau nipis, kacau dan simpan dalam peti sejuk selama enam jam.  Apabila pekat boleh dilumur pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Cara ni juga boleh membuat rambut anda sentiasa lurus.

c) Kalau nak rambut hitam, lebat, berkilat dan bersinar....... ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh sehingga bersih dan kisar. Kemudian perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan dua kali seminggu.
 

d) Putih dan kuning telur juga boleh membuat rambut anda berkilat dan bersinar. Terutama kuning telur. Mula-mula......... ambil kuning telur dan sapu pada rambut. Biarkan 15 hingga 25 minit. Seterusnya bilas rambut menggunakan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

e) Untuk mengatasi masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak, lumurkan limau nipis pada rambut kemudian biarkan selama 25 hingga 35 minit dan bilas menggunakan air bersih.

f) Kalau anda rajin, daun lidah buaya boleh membuatkan rambut anda lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

g) Selain lidah buaya, boleh guna kulit tembikai (bahagian dalam). Caranya gosokkannya pada kulit kepala anda. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala. Tunggu dalam 15 ke 30 minit pastu bilas bersih-bersih

h) Yang ni memang masalah ramai iaitu rambut gugur. Untuk itu anda rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah

i) Minyak zaitun adalah minyak yang paling baik untuk rambut kita. Tak payah nak guna minyak-minyak rambut berjenama lain. Ianya muda dan murah. Minyak rambut yang kebanyakkan yang dijual di kedai-kedai mahupun di 'supermarket' kadang-kala mudah merosakkan kekuatan dan struktur rambut

Ada banyak lagi cara dan petua penjagaan rambut. Jagalah kesihatan rambut anda sebaik-baiknya kerana rambut adalah mahkota setiap insan terutamanya kaum wanita.











0 comments:

Post a Comment