Saturday, May 10, 2014

GIGI KEKAL CANTIK

CANTIK TAK GIGI ANDA............?

GIGI merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia. Memiliki gigi yang tersusun kemas dan putih bukan saja cantik dipandang tetapi memberikan keyakinan diri. Namun bukan semua orang mempunyai gigi menawan. Pembentukan gigi tidak teratur bukan disebabkan genetik atau pemakanan. Ia terjadi kerana pengabaian penjagaan gigi susu. Gigi kekal akan tumbuh pada usia dua tahun. Walaupun gigi susu akan diganti dengan pertumbuhan gigi kekal, aspek penjagaannya juga perlu dititik beratkan. Kanak-kanak yang menghisap "putting" atau jari, memiliki kecenderungan untukmenawan bergigi jongang kerana puting atau jari yang melekap lama didalam mulut akan mengganggu perkembangan tulang rahang.

Petua Kalau Nak GIGI Kekal Cantik/Sihat :

1) Arang - Orang dulu-dulu menggunakan arang saja. Tumbuk arang hingga halus lalu ambil serbuk arang dan digosok-gosokkan pada gigi setiap hari. Gigi akan nampak putih sentiasa

2) Ni pun cara lama gak. Cuba guna kayu sugi. Tapi yang original ar sebab ada yang dicampur pada ubat gigi. Gosok gigi dengan kayu sugi bila-bila masa sebab ia tak bahaya. Sambil tengok tv pun boleh

3) Kumur-kumur dengan garam. Kerana garam boleh mematikan bakteria dan segala  
    kuman. Ia boleh  mengelakkan sakit gusi/gusi bengkak

4) Jangan gosok gigi terlalu kuat. Gosok dengan sederhana. supaya tidak melukakan gusi 
    dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.

5) Kalau sakit gigi, kunyah kapur sireh pada  gigi yang sakit sampai lumat dan biarkan
seketika, lepas tu kumur hingga bersih

6) Kumur dengan menggunakan air cuka yang dicampur dengan air suam. Kumur hingga 
hilang sakit

7) Getah pokok kemboja pun boleh mengurangkan sakit gigi


8) Buah betik muda boleh menyembuhkan gigi berlubang. Potong dibahagian betik muda, 
ambil getahnya, letakkan pada gigi geraham. Hati-hati supaya tidak terkena pada 
bahagian sekitar gigi lain/lidah.

9) Boleh juga cengkih. hancurkan cengkeh tersebut lalu letaakkan pada gigi yang 
 berlubang

10) Makan buah belimbing buluh yang dicampur sedikit garam

0 comments:

Post a Comment