Friday, May 16, 2014

TUMIT KASAR

NAK LEMBUTKAN TUMIT KAKI MEREKAH, KASAR & KESAT


Tumit ialah bahagian anggota tubuh badan yang terletak di belakang kaki dan di bawah buku lali. Tumit merupakan salah satu bagian dari sistem pertulangan tubuh kita yang terletak di kaki. Tumit itu sendiri merupakan tulang terbesar dari telapak kaki. Tulang ini terletak di sebelah belakang yang mengalihkan berat badan di atas tanah ke belakang.


Dengan demikian, tulang tumit mempunyai tugas besar untuk mengimbangkan berat badan, terutama ketika sedang berjalan atau berlari. Tumit juga bersendi, di sebelah atas tumit bersendi dengan talus (tulang tempat mata kaki berada) dan di depan dengan kuboid (tulang penghubung dengan jari-jari kaki). Tumit yang bermasalah akan menjadikan kita sengal kaki, sakit kaki, sukar untuk berdiri dll


Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah ialah:

Kulit yang kering
Berdiri terlalu lama
Kasut yang tidak sesuai(contohnya yang terbuka di belakang)
Memakai sandal
Menghidapi penyakit kulit


Kepada sesiapa yang sering kerap berdiri, berjalan tanpa memakai kasut yang sesuai atau memijak simen atau tempat yang sentiasa berair, tumit akan cepat merekah, kasar dan kesat. Jika begitu sudah tentulah tumit kita akan nampak pecah-pecah dan kelihatan tidak cantik. Oleh itu boleh lah anda semua mengamalkan petua-petua seperti berikut :




1) Sapukan losyen atau minyak zaitun sebelum tidur

2) Ambil segenggam asam jawa dan dicampukan dengan air, pastu lumur atau gosokkan air asam jawa tadi pada tumit. Buat macam basuh kaki

3) Kelapa parut juga boleh melembutkan tumit merekah. Caranya mudah jer. Ambil kelapa parut kebanyak mana yang anda mahu, pastu gosokkan kelapa tadi kat tumit

4) Basuh kaki/tumit sebelum tidur dengan sabun dan berus/gosokkan bersih-bersih, pastu lap kering. Ambil minyak masak/kelapa, lumur/gosokkan pada tapak kaki. Lakukan setiap mlm/tiga kali seminggu


5) Ambil sebiji betik muda yang diambil getahnya. Sapukan pada tumit yang pecah. Lepas tu jangan lupa basuh bersih-bersih tumit itu. Nanti bergetah pulak lantai



6) Kalau tumit tu sakit, mudah jer. Ambil beberapa helai daun sireh pastu hancurkan daun sireh itu tadi degan sedikit gambut. sapu/tepekkan pada tumit yang sakit tadi, lakukan tiga kali seminggu

7) Setiap kali mandi cuba amalkan gosok tapak kaki dengan batu sungai. Kerana batu sungai boleh melembutkan tapak kaki

8) Hendak memakai selipar yang sesuai dengan kita. Di rumah pakailah selipar supaya tidak terkena sejuk simen




9) Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi.

10) Gosok tumit kaki anda dengan belimbing buluh sehingga bersih. Kemudian, berus tumit kaki dengan menggunakan berus lembut. Selain melembutkan kulit kaki, ia juga membersihkan segala kekotoran dan menanggalkan sel-sel mati.


0 comments:

Post a Comment