Saturday, May 10, 2014

KUKU KU

NAK KUKU CANTIK ?


Kita sering tidak mengambil kira terhadap kuku jari kita. Tahukah anda bahawa kuku anda diperbuat daripada protein yang dipanggil keratin, satu protein berserabut membentuk konstituen struktur utama yang membentuk kuku untuk melindungi kaki. Kuku kaki boleh rosak dengan hanya kering, melalui jangkitan yang disebabkan oleh stoking kotor dan cedera melalui latihan atau di dalam kasut tidak selesa. Pastikan kuku jari kaki anda dalam keadaan yang baik dan sihat bagi mengelakkan kerosakkan kuku.

Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal, menjadi longgar, dijangkiti fungus atau menjadi lebih buruk.

Nah. Ini Ada Petua Untuk Cantik :

1) Kuku Jari Rapuh - Rendam kuku jari kaki yang rapuh di dalam minyak bijan
Anda disarankan untuk merendam kuku kaki yang rapuh ataupun pecah di dalam minyak bijan untuk mengukuhkan dan melindungi mereka. Panaskan minyak bijan sedikit atau tambahkan sedikit minyak zaitun dan rendam kaki anda selama 10 minit.


2)  Kuku Kilat Bersih Berseri (ii) - Ambil buah belimbing buluh (belimbing kecik), gosokkan pada kuku anda. Amalkan setiap hari pasti kuku anda kilat. Tak payah guna cutex (pengilat kuku)



3) Kuku Kilat Bersih Berseri (iii) - Boleh guna ubat gigi. Letak sikit ubat gigi pada kuku, gosok dalam 2 minit, kuku pasti kilat

4) Kuku Kilat Bersih Berseri (iii) - Guna limau nipis. Potong limau nipis setelah itu gosok limau tersebut pada kuku. Boleh buat bila-bila masa. Sambil lepak-lepak pun boleh. Mudah dan ringkas

5) Kuku "Sihat & Kuat" - Daun inai boleh membuatkan kuku anda sihat & kuat. Abil beberapa helai daun inai, ditumbuk lumat kalau boleh di campaur nasi/arang. Setelah lumat letakkan pada kuku


6) Kalau kuku Panjang -  Air cuka juga boleh menjaga ketahan & kekuatan kuku. Caranya, rendam kuku dengan air cuka, biarkan dalam 15 minit lepas bilas bersih-bersih kuku pastu kuat

7) Sebelum Memotong Kuku - Rendam kuku dengan air suam dalam 15 minit, kemudian potong kuku mengikut potongan anda. Kuku akan nampak cantik setelah dipotong 

0 comments:

Post a Comment