Tuesday, May 6, 2014

Mata

MATA KITA

Secara umumnya ramai yang akan mengeruni dengan masalah sakit mata. Ini kerana mata adalah pancaindera yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sakit mata sememangnya amat pedih dan gatal sehingga menjadikan mata kemerahan. Sakit mata ini tidak boleh dielakkan kerana ia tidak kira peringkat umur dan kanak-kanak juga mudah dijangkiti. Sepertimana yang sediamaklum, bahawa sakit mata adalah sejenis penyakit yang mempunyai virus dan mudah berjangkit. Oleh itu jaga lah mata kita sebelum menjadi parah. Ada juga peuta-petua yang diamalkan oelh nenek moyang kita dan diguna pakai sehingga kini.


Antara Petua-Petuanya Adalah.........:

1) Garam - Ambillah satu sudu besar garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Kacau garam tersebut sehingga larut. Kemudian, masukkan muka ke dalam air campuran garam tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali. Ini akan mengurangkan sakit mata.

2) Limau Nipis - Limau nipis pun mujarab gak tapi pedih sikit ar. Kalau amalkan selalu dah tak rasa sakit. Ni biasanya orang silat guna. Limau nipis ni boleh menajamkan mata kita dan sentiasa nampak cerah.

3) Madu - Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari
 

4) Bunga Melor - Ambil beberapa helai daun bunga melor (Melati). Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat. Setelah lumat, tampalkan pada bahagian kening anda. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melor yang baru setiap kali anda mengulanginya


5) Apple Hijau + Daun Pegaga - Blend 2 biji apel hijau dan secekak daun pegaga dan minum campuran tersebut dua atau tiga kali sehari. Jangan tambah apa-apa lagi kedalam adunan ini dan minum semua tanpa ditapis. Ini elok kerana kesihatan mata dari dalam tubuh badan kita.
 

6) Aloe Vera - Buatkan jus aloe vera atau jelly dan amalkan meminumnya setiap hari. Aloe vera ni boleh menyejukkan dan menyegarkan mata. Anda boleh buat sendiri jika dirumah anda ada pokok aloe vera tersebut.

7) Timun - Petua seperti ini biasa kita dengar dan paling senang untuk melakukannya. Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

8) Tomato - Hiris tomato lalu tekapkan hirisan tomato tadi ke kedua-dua belah mata selama beberapa minit. boleh buat ketika anda rehat atau sambil baring.
 

9) Air Kosong - Pengambilan/mengamalkan minum air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.
 

10) Amalan membaca doa untuk kesihatan dan mata sentiasa segar dan cantik juga boleh membantu memulihkan penyakit mata. Semoga Allah juga menyingkap mata kita untuk melihat kebenarannya
 

Sesetengah orang suka menggunakan ubat mata yang boleh menyegarkan dan memutihkan mata. Penggunaan ubat jenis ini untuk jangkamasa berpanjangan. Ini mungkin tidak sesuai dan boleh menyebabkan mata juga menjadi merah selepas penggunaan ubat ini ditamatkan. Kesan sampingan lain boleh menyebabkan kerosakkan mata yang kekal.

0 comments:

Post a Comment