NAK CARI PENAWAR RUAM?
Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal.
Ruam juga diketegorikan dengan pelbagai jenis ruam yang biasa kita dengar seperti ruam lampin, ruam panas, bintik ruam, badan beruam dll. Ruam menjadikan kita rasa tidak selesa terutama di waktu tidur. Badan sentiasa gatal-gatal kadang-kadang mengganggu tugas-tugas harian. Oleh itu, kat bawah ini ada cara-cara rawatan dan petua tentang
RUAM :
1) Kurangkan/elak makanan laut
2) elakkan bahan yang diperbuat daripada bulu seperti, anak patung, kapet
3) Meletakkan kain direndam di dalam air ais pada ruam beberapa kali
sehari. Ruam yang terlalu kering akan mengeringkan kulit, yang boleh
menggandakan kegatalan.
4) Pastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.
5) Cuba mandi menggunakan bijiran gandum untuk melegakan gatal-gatal.
Balut satu cawan bijiran gandum dengan kain kapas dan rebus seperti yang
anda lakukan untuk memasak.
6) Elakkan daripada menggaru. Potong kuku pendek atau memakai sarung tangan
kapas pada waktu malam untuk mengelakkan anda menggaru secara tidak
sengaja.
7) Pakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.
8) Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan.
9) Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30
minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke
dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini
akan menghaluskan kulit bayi.
10) Jauhi dari binatang perliharaan
0 comments:
Post a Comment